Perniagaan baju sekolah merosot

Kit Mei menyusun baju sekolah yang dijual di kedainya di Seremban.
Kit Mei menyusun baju sekolah yang dijual di kedainya di Seremban.
A
A
A

SEREMBAN - Kebiasaannya setiap kali hujung tahun kedai menjual barangan sekolah menjadi tumpuan untuk ibu bapa membeli barangan persekolahan baharu buat anak masing-masing, namun keadaannya berbeza tahun ini apabila kedai menjual pakaian sekolah kurang meriah dengan pelanggan.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai menjual pakaian sekolah di daerah ini mendapati kebanyakan peniaga mengeluh yang perniagaan mereka terjejas teruk.

Peniaga Chin Kit Mei, 49, berkata, jualan pakaian sekolah di kedainya sangat perlahan berbanding tahun lalu.

“Biasanya hujung tahun ini kedai kami sibuk melayan pelanggan yang datang beli baju sekolah anak-anak. Tapi disebabkan Covid-19, nak dapat pelanggan pun susah.

“Agaknya orang tak fikir mahu beli baju sekolah anak-anak kerana beranggapan sesi persekolahan tahun depan tak jalan seperti biasa.

Kit Mei (tengah) membantu seorang pelanggan memilih tudung sekolah di kedainya di Seremban.
Kit Mei (tengah) membantu seorang pelanggan memilih tudung sekolah di kedainya di Seremban.

“Saya tengok hujung tahun ini, ramai yang pergi bercuti,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pekerja sebuah kedai pakaian sekolah, Aishah, 24, berkata, kehadiran ibu bapa yang datang membeli barangan sekolah di kedai itu dianggap amat bermakna.

Katanya, kehadiran pelanggan setiap hari boleh dikira dengan jari.

“Keadaan ini tak pernah berlaku. Agaknya ibu bapa tak rasa bersungguh nak buat persediaan sekolah anak-anak kerana kes Covid-19,” katanya.