X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 01 Disember 2021

Peningkatan kes positif Covid-19 libatkan pekerja kilang

R Vidyananthan
A
A

JOHOR BAHRU - Terdapat peningkatan kes positif Covid-19 di negeri ini melibatkan pekerja kilang dan kawasan perindustrian kebelakangan ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan sehubungan itu meminta majikan dan pekerja mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

"Pematuhan SOP tersebut merupakan tanggungjawab pekerja dan majikan. Majikan juga diingatkan agar memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada Jabatan Kesihatan serta agensi-agensi yang terlibat dalam membendung penularan Covid-19," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, kluster terbaharu di tempat kerja melibatkan daerah Muar iaitu Kluster Bukit Pasir yang dilaporkan pada Isnin.

Menurutnya, indeks bagi kluster tempat kerja itu dilaporkan positif pada 24 Disember lalu melalui saringan individu yang bergejala.

"Sehingga Isnin, sejumlah 14 individu telah disaring dan sembilan kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster itu," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sehingga Isnin, seramai 2,703 orang menggunakan skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan 16,643 orang menggunakan skim Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) bagi kemasukan dari Singapura.

"Jumlah kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan pengguna skim berkenaan kekal sebanyak tiga kes," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!