X

Kindly register in order to view this article
!

Sindiket dadah RM1.07 juta tumpas

Ayob Khan menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas hasil daripada empat serbuan yang dilakukan di Muar dan Johor Bahru pada 26 dan 27 Disember lalu.
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah ke Indonesia dan merampas syabu bernilai RM1.07 juta dalam empat serbuan di Muar dan sekitar bandar raya itu.

Serbuan yang dilakukan pada 26 dan 27 Disember itu turut menahan empat suspek berusia 30 hingga 41 tahun serta merampas dadah seberat 23.93 kilogram, tiga liter air ketum dan 480 gram daun ketum bernilai RM34.80.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sindiket menyorok dadah dalam tempat simpanan peralatan lori tunda dan tempat penyimpanan tayar kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda C-RV.

"Itu taktik digunakan sindiket penyeludupan dadah dianggotai empat lelaki tempatan bagi mengaburi pihak berkuasa sejak sebulan lalu.

"Empat suspek itu juga dipercayai bertindak sebagai penjaga bekalan dadah dan 'runner' dadah sebelum bekalan dihantar ke Indonesia menggunakan bot melalui jalan laut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor pada Selasa.

Tambah Ayob Khan, kesemua suspek tersebut didapati positif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Kesemua suspek direman tujuh hari bermula 27 Disember bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 39( B) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30(3), Akta Racun 1952 dan Seksyen 15 ( 1) ( a) Akta Berbahaya 1952," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!