X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

Enam kes varian baharu Covid-19 ditemui di India

Jumlah kes Covid-19 di India terus meningkat. - Foto ANI
A
A

NEW DELHI - India merekodkan enam kes membabitkan jangkitan varian baharu Covid-19 pada beberapa minggu lalu yang menyebabkan gelombang panik, sekali gus penutupan sempadan negara di seluruh negara.

Kementerian Kesihatan India mendedahkan, kes itu dikesan selepas enam individu pulang dari United Kingdom (UK), lapor ANI.

"Semua enam pesakit telah diasingkan manakala rakan-rakan mereka telah dikuarantinkan," kata Kementerian Kesihatan India dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, India telah menangguhkan semua penerbangan dari Britain hingga akhir bulan November bagaimanapun kira-kira 33,000 penumpang telah berlepas sebelum larangan itu dilakukan, kata kementerian itu.

Dari jumlah itu, seramai 114 orang didapati positif virus Covid-19 dan sampel mereka diperiksa bagi varian baharu seperti mana yang dikesan di seluruh Eropah dan Asia.

India pada Isnin melaporkan penambahan sebanyak 16,432 kes baharu Covid-19 dengan jumlah keseluruhan kes lebih 10 juta jangkitan dan kematian seramai 148,153 individu.

Negara itu berada pada kedudukan kedua tertinggi di dunia selepas kedudukan pertama Amerika Syarikat bagi jumlah kes Covid-19.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!