Lelaki kahwin serentak dua teman wanita

Perkahwinan Suwon dengan dua teman wanitanya mencuri perhatian netizen. - Foto Detik News
Perkahwinan Suwon dengan dua teman wanitanya mencuri perhatian netizen. - Foto Detik News
A
A
A

PALEMBANG - Kisah seorang lelaki berkahwin dua tersebar apabila gambar dia bersanding bersama dua isteri dimuat naik dalam Facebook sehingga mendapat perhatian netizen.

Suwon, 20, pemuda dari Musi Banyuasin, Sumatera Selatan membuat kejutan apabila mengahwini dua kekasihnya iaitu Popy, 18, dan Anggun, 19, sekali gus.

Ibu bapa Suwan mengakui bahawa mereka memberikan restu kepada anak-anak mereka, lapor Detik News.

Bapa Suwan, Suradi mengatakan dia memberikan restu kepada anaknya yang berhasrat mengahwini dua kekasihnya secara serentak.

"Ya, sejak awal dia mengatakan dia ingin bernikah pada waktu yang sama. Ini namanya jodoh, bernikah pada waktu yang sama," katanya pada Isnin.

Suradi berkata, majlis perkahwinan berlangsung pada Oktober lalu di rumah Suwan di Kampung Talang Piase, Musi Banyuasin.

Suwan dikatakan tinggal bersama kedua isterinya di rumah ibu bapanya.

"Ya, saya tinggal di rumah yang sama dengan dua isteri, di rumah orang tua saya.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga belum membuat keputusan untuk terus tinggal bersama mereka atau mencari rumah lain pada masa akan datang," katanya.

Bercerita lanjut, Suwan dikatakan mula mengenali Popy sejak tiga tahun lalu sebelum berkenalan dengan Anggun.

Semasa berkenalan, kami bertiga sudah merancang untuk berkahwin dan bersetuju untuk melangsungkan pernikahan pada hari yang sama.

"Setelah mendapat restu, kami langsungkan pernikahan pada bulan Oktober. Majlis resepsi itu diadakan pada Sabtu (26 Disember)," katanya,.