Polis PJ lupus barang judi RM17.77 juta

Polis Petaling Jaya melupuskan barang kes perjudian online di Balai Polis Ara Damansara, pada Selasa. - Foto Facebook IPD Petaling Jaya
Polis Petaling Jaya melupuskan barang kes perjudian online di Balai Polis Ara Damansara, pada Selasa. - Foto Facebook IPD Petaling Jaya
A
A
A

PETALING JAYA - Polis melupuskan barang kes perjudian dalam talian bernilai RM17.77 juta yang dirampas sejak tahun 2012 sehingga tahun lalu.

Antara barang yang dilupuskan ialah 756 set komputer, 178 tablet, 967 komputer riba, 12 mesin simulator dan lima telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, barang kes berkenaan membabitkan 207 kertas siasatan yang selesai perbicaraan di mahkamah.

"Selain itu, wang tunai bernilai RM33,182 yang dirampas sepanjang Ops Dadu sejak tahun 2017 hingga tahun lalu turut diserahkan kepada Perbendaharaan Negara," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Perjudian Online di Balai Polis Ara Damansara di sini hari ini.

Polis Petaling Jaya melupuskan barang kes perjudian online di Balai Polis Ara Damansara, pada Selasa. - Foto Facebook IPD Petaling Jaya
Polis Petaling Jaya melupuskan barang kes perjudian online di Balai Polis Ara Damansara, pada Selasa. - Foto Facebook IPD Petaling Jaya

Turut hadir Majistret, Zhafran Rahim Hamzah serta pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Nik Ezanee juga mengucapkan terima kasih kepada media yang memberi sokongan dalam menaikkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali gus memupuk kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap tugasan polis," katanya.

Artikel Berkaitan: