Aksi Everton Mancheseter City ditunda akibat Covid-19

Aksi Everton dan Manchester City ditunda.
Aksi Everton dan Manchester City ditunda.
A
A
A

AKSI Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Everton dan Manchester City yang dijadualkan berlangsung di Goodison Park awal pagi Selasa, terpaksa ditunda berikutan penularan wabak Covid-19 dikesan berlaku di kem City.

Menurut kenyataan rasmi daripada laman web skuad The Citizens itu, kedua-dua pasukan bersetuju untuk menunda perlawanan berkenaan hingga ke satu tarikh yang masih belum ditetapkan.

“Manchester City FC mengesahkan perlawanan menentang Everton hari ini (semalam), telah ditunda berikutan hasil ujian yang mendapati peningkatan kes Covid-19 di kem City, setelah sambutan Krismas tempoh hari.

“Penundaan ini juga dibuat kerana dikhuatiri wabak berkenaan bakal mengundang risiko untuk terus menular dalam kalangan pemain dan juga kakitangan pasukan.

“Setakat ini kesemua kesemua pemain serta staff yang dikesan positif perlu menjalani proses isolasi berdasarkan kepada protokol kuarantin yang telah ditetapkan oleh Liga Premier (PL) dan Kerajaan United Kingdom,” menurut kenyataan berkenaan.

Berikutan penundaan perlawanan berkenaan, padang latihan City juga akan ditutup buat sementara bagi kerja-kerja sanitasi dijalankan.

Sementara itu pihak Liga Premier (PL) menurut satu kenyataan rasmi di laman rasmi mereka turut mengesahkan berita mengenai penundaan perlawanan berkenaan.

Malah menurut kenyataan itu lagi, pihak jawatankuasa PL turut mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak perubatan berhubung penundaan perlawanan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Peningkatan kes Covid-19 ini telah menimbulkan ketidaktentuan dan pihak Jawatankuasa PL telah mengambil nasihat agar perlawanan berkenaan (Everton-Manchester City), ditunda dengan memberikan keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan pemain serta kakitangan pasukan masing-masing.

“Pihak jawatankuasa juga bersetuju untuk mengatur semula jadual perlawanan berkenaan dengan mengadakan ujian lanjut mulai hari ini,” katanya.