X

Kindly register in order to view this article
!

Jangan buat spekulasi kejadian lelaki warga emas pengsan

Sebuah video yang tular menunjukkan kehadiran petugas kesihatan lengkap memakai PPE bersama sebuah ambulans di sebuah bengkel motosikal di Pekan Sungai Besar pada Isnin.
A
A

SABAK BERNAM - Polis meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian seorang lelaki warga emas pengsan di sebuah bengkel motosikal di Pekan Sabak pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, mangsa berusia 72 tahun itu tiba-tiba rebah semasa menunggu motosikalnya dibaiki di bengkel berkenaan.

"Kita meminta orang ramai tidak menyebarkan berita palsu termasuk mengaitkan mangsa mengalami gejala Covid-19," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.

Chee Khoon berkata, siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan tiada kecederaan pada tubuh mangsa.

"Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam kerana disyaki mengalami tekanan darah tinggi," katanya

Sebelum ini, video menunjukkan kehadiran petugas kesihatan lengkap memakai peralatan pelindungan diri (PPE) bersama sebuah ambulans di sebuah bengkel motosikal di Pekan Sungai Besar tular di media sosial Facebook sejak Isnin.

Dalam rakaman video selama 0.21 saat itu menunjukkan petugas kesihatan bersiap sedia menyelamatkan pesakit terbabit.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!