Covid-19: Semua daerah di Selangor berstatus zon merah

Info grafik dimuat naik di laman Facebook STFC pada Isnin.
Info grafik dimuat naik di laman Facebook STFC pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Semua sembilan daerah di Selangor kini berstatus zon merah selepas merekodkan 697 kes baharu Covid-19 pada Isnin.

Semua kes yang direkodkan itu juga adalah melibatkan jangkitan tempatan.

Menerusi info grafik dimuat naik di laman Facebook Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) memaparkan sembilan daerah terlibat adalah Hulu Langat (328 kes), Klang (157 kes), Petaling (89), Kuala Selangor (43 kes), Gombak (40 kes), Sepang (13 kes), Kuala Langat (12 kes), Sabak Bernam (8 kes) dan Hulu Selangor (7 kes).

"Sehingga kini, Selangor merekodkan sejumlah 29,969 kes Covid-19 secara keseluruhan," menurut kenyataan itu.

Berdasarkan statistik terkini, sebanyak 1,594 kes baharu Covid-19 direkodkan di seluruh Malaysia pada Isnin dengan sejumlah 1,181 kes sembuh.

Ahad lalu, Selangor mencatatkan sebanyak 392 kes baharu di mana semuanya melibatkan jangkitan tempatan.

Artikel Berkaitan: