Penerbangan ihsan bawa organ penderma ke IJN

Helikopter Unit Udara Bomba digunakan untuk penerbangan ihsan membawa organ untuk penerima dari HTAA, Kuantan ke IJN, Kuala Lumpur pada Isnin.
Helikopter Unit Udara Bomba digunakan untuk penerbangan ihsan membawa organ untuk penerima dari HTAA, Kuantan ke IJN, Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

KUANTAN - Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan ihsan membawa organ dari penderma yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada Isnin.

Helikopter bomba jenis Agusta Aw139 dikendalikan juruterbang, Penguasa Kanan Bomba Sofian Ahmed @ Ibrahim dibantu Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Azuna Mohamed Sabri berlepas dari padang Ibu Pejabat JBPM Pahang di Indera Mahkota di sini kira-kira jam 6 petang dan dijangka tiba di Kuala Lumpur jam 7.30 petang.

Pengarah JBPM Pahang, Ir Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, empat pegawai perubatan turut berada dalam penerbangan tersebut.

Pegawai perubatan membawa bekas berisi organ dari HTAA, Kuantan untuk diterbangkan menggunakan perkhidmatan Unit Udara Bomba ke IJN, Kuala Lumpur pada Isnin.
Pegawai perubatan membawa bekas berisi organ dari HTAA, Kuantan untuk diterbangkan menggunakan perkhidmatan Unit Udara Bomba ke IJN, Kuala Lumpur pada Isnin.

Menurutnya, perkhidmatan unit udara terpaksa digunakan bagi membawa organ-organ tersebut dalam tempoh yang cepat untuk penerima yang berada di IJN.

"Penerbangan ihsan membawa organ menggunakan perkhidmatan Unit Udara Bomba bukan pertama kali di negara ini tetapi mungkin yang pertama dari Pahang," katanya di sini pada Isnin.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah JBPM Pahang, Mohd Zahar Abdullah dan Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Anuar Hassan.

Artikel Berkaitan: