X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Masih ada individu ambil lewa SOP

Abdul Hamid
A
A

KUALA LUMPUR - Pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati masih ada individu yang leka dan kurang mengambil berat terhadap aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan Covid-19.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, mengambil kira statistik kes baharu positif Covid-19 yang masih tinggi, masyarakat perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

"Orang ramai dinasihatkan sentiasa mengamalkan disiplin kendiri dan mematuhi SOP yang ditetapkan dalam usaha membendung penularan Covid-19," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Abdul Hamid berkata, sempena cuti hujung tahun dan musim perayaan, orang ramai mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung, berkunjung ke tempat-tempat peranginan serta mengadakan majlis keramaian.

"Tidak dapat dinafikan aktiviti sedemikian akan mewujudkan situasi di mana orang ramai akan berkumpul dalam bilangan yang ramai," katanya.

Beliau berkata, polis akan meningkatkan jumlah pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan pematuhan SOP di tempat awam demi keselamatan masyarakat.

"Tindakan tegas akan diambil ke atas individu-individu yang didapati mengingkari peraturan tersebut," katanya.

Abdul Hamid turut menasihati orang ramai supaya mengamalkan pembudayaan norma baharu dalam komuniti serta mengelakkan 3S iaitu sesak, sempit dan sembang dekat dalam aktiviti harian bagi membendung penularan wabak berkenaan.

"Bersama-sama kita berganding bahu untuk memutuskan rantaian dan melandaikan lengkuk jangkitan covid-19 di Malaysia," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!