KUFC tampil barisan pemain seimbang

Che Abdullah (tengah) menerima replika kunci daripada Pengarah Urusan LK Holding Amirul Ikhwan Mazlan (kanan) pada Majlis Menandatangani Kontrak Pegawai, Pemain Serta Perjanjian Kontrak Penajaan Pasukan KUFC 2021 malam tadi. Turut sama Setiausaha Kehormat KUFC, Anas Karimi Ahmad Thani (kiri). Foto: Bernama
Che Abdullah (tengah) menerima replika kunci daripada Pengarah Urusan LK Holding Amirul Ikhwan Mazlan (kanan) pada Majlis Menandatangani Kontrak Pegawai, Pemain Serta Perjanjian Kontrak Penajaan Pasukan KUFC 2021 malam tadi. Turut sama Setiausaha Kehormat KUFC, Anas Karimi Ahmad Thani (kiri). Foto: Bernama
A
A
A

KELANTAN United FC (KUFC) bakal menampilkan barisan pemain seimbang untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Presiden KUFC, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, secara keseluruhan skuad The Green Deers itu dibarisi dengan kombinasi antara pemain berpengalaman dan baharu.

“Insya-ALLAH kita akan miliki sebuah pasukan yang sempurna sebagaimana yang telah kita tonjolkan hari ini untuk memberi saingan sengit kepada pasukan lain yang beraksi pada Liga-M musim depan.

“Pemain muda dan pemain yang agak veteran seperti Mohd Badhri Mohd Radzi dan Mohd Fitri Omar dibawa masuk menyertai pasukan untuk memberikan keseimbangan kepada pemain muda yang purata umur bawah 26 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Tandatangani Kontrak Pegawai, Pemain serta Perjanjian Kontrak Penajaan Pasukan KUFC di Kota Bharu pada Ahad.

Sebagai rekod, KUFC berada di tangga kelapan Liga Premier musim ini dan melayakkan diri pada kempen Piala Malaysia, namun tersingikir pada pusingan pertama.

Che Abdullah berkata, KUFC telah menandatangani dua pemain import iaitu Gassama Alfusainey dari Gambia dan Yuki Tanigawa (Jepun) yang mana kedua-duanya bermain di posisi tengah.

“Kita masih mempunyai dua lagi kekosongan untuk pemain, namun kita telah mempunyai calon dan mereka ini dari Jepun yang akan tiba di Kelantan bulan depan.

Artikel Berkaitan:

“Seperti yang saya sebut dari awal, kita perlukan pasukan yang berdisiplin, jadi antara faktor yang kita pastikan dalam pasukan ialah disiplin.

“Pihak pengurusan sentiasa pantau aspek disiplin pemain serta pegawai pasukan bagi mencapai sasaran empat pasukan terbaik di saingan Liga Premier,” ujarnya. - Bernama