Mayat bayi dalam lori sampah

Mayat bayi yang ditemui dalam lori sampah pagi tadi. ( Gambar kecil: Rosly Hassan)
Mayat bayi yang ditemui dalam lori sampah pagi tadi. ( Gambar kecil: Rosly Hassan)
A
A
A

PUTRAJAYA - Pekerja yang melakukan kutipan dan pembersihan sampah di sebuah apartment di Presint 18 di sini dikejutkan dengan penemuan mayat bayi dalam lori kompaktor sampah pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.00 pagi itu, pekerja terbabit dikatakan menemui mayat berkenaan selepas melakukan kerja-kerja kutipan sampah di rumah sampah Blok D Apartmen P13R13 di sini.

Sumber berkata, hasil pemeriksaan mendapati bayi cukup sifat itu masih bertali pusat dianggarkan berusia antara tujuh ke lapan bulan.

Katanya, Bilik Gerakan Polis menerima panggilan orang awam memaklumkan penemuan itu sebelum sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian.

“Bayi berkenaan dibaluti dengan selimut berwarna kelabu yang dipenuhi darah dan mukanya bertutup dengan tuala.

“Mayat bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Putrajaya dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penemuan tersebut.

Artikel Berkaitan: