Nur Aimi sudah sedar, polis akan ambil keterangan

Laporan Sinar Harian berhubung kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran Gunung Lang pada 16 Disember lalu.
Laporan Sinar Harian berhubung kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran Gunung Lang pada 16 Disember lalu.
A
A
A

IPOH - Ibu kepada tiga kanak-kanak lelaki yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, berhampiran Gunung Lang pada 16 Disember lalu sudah sedarkan diri.

Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, yang kritikal dalam nahas itu juga sudah mampu bercakap selepas hampir dua minggu dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa kini sudah ditempatkan di wad biasa hospital berkenaan bagi tujuan pemantauan.

"Keadaannya kini stabil dan dimaklumkan mangsa sudah boleh bercakap.

"Polis akan menunggu waktu yang sesuai untuk mengambil keterangan mangsa berhubung kejadian itu," katanya menerusi aplikasi WhatsApp yang dikongsi kepada media pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu belum tahu tiga anak sudah tiada

A Asmadi berkata, siasatan kes berkenaan bagaimanapun masih berjalan.

"Polis sudah mengambil keterangan daripada beberapa saksi yang berada di lokasi kejadian bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

A Asmadi
A Asmadi

Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, tiga anak lelaki Nur Aimi iaitu Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafiz, 7, Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy yang berusia setahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketika kejadian, empat beranak itu dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang selepas menghabiskan cuti di Melaka sebelum kereta jenis Perodua Axia dipandu Nur Aimi hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang sebuah lori yang berada di lorong kecemasan.