Lelaki melecur selamatkan diri dalam kebakaran

Anggota bomba memadam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Tanjung, Endau, Mersing pada Isnin.
Anggota bomba memadam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Tanjung, Endau, Mersing pada Isnin.
A
A
A

MERSING - Seorang lelaki melecur ketika menyelamatkan diri dalam kebakaran di rumahnya di Jalan Tanjung, Endau, dekat sini pada Ahad.

Dalam kejadian pada jam 12.20 tengah malam, Zulhamili Ali, 54, yang sedang tidur menyedari berlaku kebakaran sebelum berjaya melarikan diri.

Percubaannya untuk memadam kebakaran tidak berjaya sebelum menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau untuk bantuan.

Seramai lapan anggota dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Team (LFRT) dan satu utiliti Hilux dikejarkan ke tempat kejadian.

Kebakaran sebuah rumah di Jalan Tanjung, Endau, Mersing pada Isnin.
Kebakaran sebuah rumah di Jalan Tanjung, Endau, Mersing pada Isnin.

Komander Operasinya, Penolong Pegawai Bomba Mohd Alias Hussin berkata, semasa bomba tiba rumah berkenaan sudah terbakar kira-kira 90 peratus.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 40 kaki x 30 kaki. Pihak bomba menggunakan sumber air dari pili bomba berhampiran sehingga kebakaran padam sepenuhnya.

"Mangsa melecur di bahagian tangan dan badan. Mangsa diserahkan kepada ambulan untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Operasi tamat pada jam 1.30 pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.