Tiga beranak nyaris maut langgar kerbau melintas di LPT2

Kenderaan Honda Jazz dopandu mangsa remuk teruk di bahagian hadapan setelah terlanggar seekor kerbau yang melintas di susur Kuala Telemong-Plaza Tol Telemong, LPT2 malam Ahad. - Foto: Ihsan Polis
Kenderaan Honda Jazz dopandu mangsa remuk teruk di bahagian hadapan setelah terlanggar seekor kerbau yang melintas di susur Kuala Telemong-Plaza Tol Telemong, LPT2 malam Ahad. - Foto: Ihsan Polis
A
A
A

HULU TERENGGANU- Tiga beranak nyaris maut apabila kenderaan jenis Honda Jazz yang dinaiki mereka merempuh kerbau yang melintas secara tiba-tiba, dalam kejadian di susur Kuala Telemong-Plaza Tol Telemong di Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT2), di sini malam Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, kenderaan yang dipandu seorang lelaki berusia 35 tahun dikatakan datang dari arah Manir menuju ke Kuantan, Pahang.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, apabila sampai di tempat kejadian, pemandu itu mendapati sekumpulan kerbau telah melintas di hadapannya.

Kerbau yang dilanggar setelah melintas secara tiba-tiba di susur Kuala Telemong-Plaza Tol Telemong, LPT2 malam Ahad. - Foto: Ihsan Polis
Kerbau yang dilanggar setelah melintas secara tiba-tiba di susur Kuala Telemong-Plaza Tol Telemong, LPT2 malam Ahad. - Foto: Ihsan Polis

“Dia kemudiannya telah mengelak ke kanan jalan, namun telah terlanggar salah seekor kerbau tersebut menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas ke kanan jalan.

“Akibat daripada perlanggaran itu, pemandu terbabit mengalami luka ringan di bahagian hidung dan telah menerima rawatan di Klinik Telemong. Ibu dan ibu saudaranya juga mengalami kecederaan ringan di muka,” katanya.

Mohd Adli turut menasihati pemilik haiwan ternakan agar lebih bertanggungjawab dan tidak melepaskan ternakan mereka tanpa pengawasan.

Jelasnya, banyak kes kemalangan melibatkan haiwan ternakan melintas di jalan dan lebuh raya, yang boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya.

Artikel Berkaitan: