'Yakini pensijilan halal dikeluarkan Jakim'

Sirajuddin (kanan) ketika sesi Facebook Live bertajuk SOP Sijil Halal: Di Mana Silapnya? yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada Isnin.
Sirajuddin (kanan) ketika sesi Facebook Live bertajuk SOP Sijil Halal: Di Mana Silapnya? yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai tidak perlu ragu dengan pensijilan Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikannya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, piawaian atau skim pensijilan halal yang ada itu sudah merangkumi segala aspek bukan sahaja mengikut syarak tetapi juga pelbagai aspek lain.

"Yakini Halal Malaysia kerana di negara luar, mereka juga mengiktiraf serta menghormati pensijilan halal kita.

"Saya ambil contoh seperti di China, mereka amat memerlukan produk yang diberi pensijilan halal oleh Malaysia kerana melihat prosedur operasi standard (SOP) yang ada di negara ini amat meyakinkan.

"Ini menunjukkan mereka bukan sahaja melihat dari aspek syarak tetapi ramai yang bukan Islam di luar negara melihat Halal Malaysia ini dari segi kualiti, kebersihan serta paling penting tidak menjejaskan masyarakat yang makan produk yang dipersijilkan Halal itu," katanya ketika sesi Facebook Live bertajuk SOP Sijil Halal: Di Mana Silapnya? yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada Isnin.

Sirajuddin berkata, pada awalnya beliau amat terkejut dengan perkara itu selepas dimaklumkan oleh wakil kerajaan China yang berkunjung ke Jakim tetapi sangat gembira kerana mereka melihat produk halal Islam itu dalam pelbagai aspek termasuk dari segi ketelusan integriti.

"Sayangnya, masyarakat Malaysia sendiri seringkali tidak yakin dengan kemampuan Jakim tapi ini yang boleh kita buktikan.

"Saya berharap dan yakin rakan-rakan industri boleh membantu untuk memberi pemahaman kepada masyarakat tentang mutu sijil pengesahan Halal Malaysia yang dikeluarkan Jakim bagi meningkatkan keyakinan mereka," katanya.

Artikel Berkaitan: