Perak sedia 6,040 hektar HSK laksana kempen 100 juta pokok

Saarani menyempurnakan gimik program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 juta pokok peringkat negeri Perak di Taman Eko Rimba Kledang Saiong di Bandar Meru Raya, hari ini.
Saarani menyempurnakan gimik program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 juta pokok peringkat negeri Perak di Taman Eko Rimba Kledang Saiong di Bandar Meru Raya, hari ini.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak memperuntukkan 6,040 hektar dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri ini bagi menjayakan program penghijauan Kempen Penanaman 100 juta pokok yang berlangsung bagi tempoh 2021 hingga 2025.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, keluasan kawasan HSK ketika ini adalah sebanyak 987,676 hektar dan daripada jumlah itu, 474,882 hektar telah dikelaskan sebagai Kawasan Hutan Perlindungan untuk tujuan hutan lipur, hutan perlindungan hidupan liar, hutan perlindungan tanah tinggi, hutan tebus guna dan hutan tadahan air.

"Baki 512,794 hektar adalah untuk pengeluaran dan daripada jumlah tersebut, seluas 6,040 hektar masing-masing di Hutan Simpan Piah di Mukim Lenggong, Hutan Simpan Amanjaya di Mukim Belum dan Hutan Simpan Chikus di Teluk Intan akan terlibat dalam program penghijauan yang dijalankan," katanya pada program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 juta pokok peringkat negeri Perak di Taman Eko Rimba Kledang Saiong di Bandar Meru Raya di sini pada Isnin.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Mohd Akmal Kamarudin dan Pengarah Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop.

Dalam pada itu, Saarani berkata, Perak telah berjaya menanam 10,206,420 pokok di seluruh negeri sejak 2010 dan pada tahun ini sahaja, sebanyak 1,217,963 pokok ditanam dalam kawasan HSK.

"Dalam tempoh ini, kerajaan negeri juga telah melaksanakan pelbagai program penghijauan antaranya Perak Oxygen-Land Bank di Taman Eko Rimba Kledang Saiong.

"Program jangka panjang ini masih diteruskan dan sehingga kini, sejumlah RM193,000 telah diterima kerajaan negeri bagi menjalankan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan hutan," katanya.

Artikel Berkaitan: