Mayat remaja lemas tersekat dalam lumpur

Mayat mangsa, Amirul Mukminin Mohd Izuha ditemukan pada jam 7.50 pagi Isnin oleh pasukan bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak Ahad. FOTO: BOMBA KELANTAN
Mayat mangsa, Amirul Mukminin Mohd Izuha ditemukan pada jam 7.50 pagi Isnin oleh pasukan bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak Ahad. FOTO: BOMBA KELANTAN
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang remaja berusia 15 tahun yang lemas ketika mandi-manda bersama dua rakan di Sungai Kelantan di Kampung Banggol, di sini pada Ahad ditemukan dalam keadaan tersekat dalam lumpur di dasar sungai pada Isnin.

Mayat mangsa, Amirul Mukminin Mohd Izuha ditemukan pada jam 7.50 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, selaman yang dilakukan PPDA pada operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua itu menemukan mangsa di kedalaman 1.8 meter sejauh enam meter dari tebing.

“Selaman menjumpai bahagian kaki mangsa sebelum mendapati bahagian badannya yang tersekat dalam lumpur.

“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Mayat mangsa, Amirul Mukminin Mohd Izuha ditemukan pada jam 7.50 pagi Isnin oleh pasukan bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak Ahad. FOTO: BOMBA KELANTAN
Mayat mangsa, Amirul Mukminin Mohd Izuha ditemukan pada jam 7.50 pagi Isnin oleh pasukan bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak Ahad. FOTO: BOMBA KELANTAN

Mengulas lanjut, Zukeri berkata, SAR bermula sejak petang Ahad sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

“Operasi bagaimanapun dihentikan kerana cuaca gelap namun anggota ditempatkan di lokasi kejadian untuk melakukan pemantauan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan, ketiga-tiga rakan ke sungai tersebut untuk mandi-manda pada jam 6.30 petang.

Mangsa yang mandi dalam sungai tiba-tiba menjerit meminta pertolongan daripada rakan-rakannya sebelum dilihat terkapai-kapai.

Rakan mangsa, Faris Amin Zulfadli, 16, ketika itu cuba mencapai tangan Amirul Mukminin yang tidak pandai berenang namun gagal menyebabkan mangsa terus tenggelam ke dalam sungai.

ARTIKEL BERKAITAN 'Masih terbayang Amirul meronta-ronta minta tolong'