Wanita warganegara Malaysia antara lima kes baharu di Singapura

MOH mengesahkan salah seorang daripada lima kes import Covid-19 di negara itu yang diumumkan pada Ahad, merupakan seorang warganegara Malaysia. -Foto 123RF
MOH mengesahkan salah seorang daripada lima kes import Covid-19 di negara itu yang diumumkan pada Ahad, merupakan seorang warganegara Malaysia. -Foto 123RF
A
A
A

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan salah seorang daripada lima kes import Covid-19 di negara itu yang diumumkan pada Ahad, merupakan seorang warganegara Malaysia yang sedang menjalani Notis Tinggal di Rumah (SHN) di sebuah hotel di sini.

Menurut MOH, wanita itu dipindahkan ke sebuah fasiliti lain pada 20 Disember apabila kementerian itu melakukan siasatan terhadap 13 kes yang dilaporkan terdahulu, yang telah menjalani SHN di hotel yang sama pada 22 Oktober dan 11 November lalu.

Dalam data penuh dikeluarkan MOH lewat malam tadi, pemegang pas kerja yang dilabelkan sebagai kes 58,762 itu, telah menjalani ujian swab pada 19 dan 21 Disember dan keputusan Covid-19 beliau, adalah negatif.

“Keputusan ujian swab pada 24 Disember pada hujung SHN didapati positif dan beliau telah dirujuk ke hospital keesokan harinya. Ujian pengesahan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (NPHL) juga positif,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun kementerian itu menyatakan, sampel kedua yang diambil pada 26 Disember didapati negatif, dan ujian serelogikal juga negatif.

MOH menjelaskan yang siasatan dilakukan bagi memantau beliau yang tidak menunjukkan gejala itu, sama ada kes tersebut berkaitan dengan 13 kes import sebelum ini.

Kementerian itu pada 19 Disember menyatakan 13 kes import tersebut, didapati mempunyai kesamaan genetik yang tinggi, walaupun kes-kes terbabit tiba daripada negara berbeza termasuk Bahrain, Kanada, Indonesia, Myanmar, Belanda, Filipina, Korea Selatan, UAE, UK dan US.

Sehingga tengah hari Ahad, negara itu melaporkan sejumlah lima kes baharu, dengan tiada kes melibatkan komuniti ataupun mereka yang tinggal di asrama pekerja, menjadikan jumlah keseluruhan kepada jangkitan di republik itu kepada 58,524.

Artikel Berkaitan:

MOH sehingga kini mengklasifikasikan 1,742 kes sebagai kes import, 2,276 kes komuniti dan 54,506 melibatkan pekerja asing tinggal di asrama. - Bernama