X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Jenazah mangsa Covid-19 selamat dikebumi

PKD Kuala Selangor memuat naik status di Facebook berhubung satu kes kematian seorang pesakit Covid-19 di daerah ini pada Ahad.
A
A

KUALA SELANGOR - [DIKEMASKINI] Seorang pesakit Covid-19 di daerah ini selamat dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di daerah ini pada Ahad.

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Selangor menerusi status dimuat naik di Facebook memaklumkan, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan PKD Kuala Selangor merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga pesakit terbabit.

Dalam kenyataan itu juga, PKD Kuala Selangor turut meminta semua pihak bekerjasama dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam memerangi penularan Covid-19.

"Amalkan SOP dan langkah pencegahan dan putuskan rantaian Covid-19," katanya.

Bagaimanapun, PKD Kuala Selangor tidak memaklumkan jantina dan umur serta lokasi pengebumian jenazah mangsa berkenaan.

Sementara itu, menerusi gambar yang dimuat naik itu mendapati, petugas yang melaksanakan pengebumian itu berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE).

Malah, kawasan tanah perkuburan dikawal rapi bagi memastikan orang ramai tidak menghampiri kawasan berkenaan sehingga proses pengebumian selesai.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!