X

Kindly register in order to view this article
!

Lapan ditahan ceroboh hutan simpan

Lapan individu yang ditahan selepas disyaki menceroboh Air Terjun Sungai Pelepah Kiri, Hutan Simpan Kekal Panti Kota Tinggi pada Ahad. - Foto Jabatan Perhutanan Negeri Johor.
A
A

KOTA TINGGI - Lapan individu ditahan selepas disyaki menceroboh Air Terjun Sungai Pelepah Kiri, Hutan Simpan Kekal Panti pada Ahad.

Jabatan Perhutanan Negeri Johor menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya memaklumkan kesemua individu terbabit ditahan ketika rondaan bersepadu dilakukan Bahagian Penguatkuasa Pejabat Hutan Daerah Johor Selatan bersama anggota polis Balai Polis Batu Ampat di Hutan Simpan Kekal Panti, Kota Tinggi.

"Kesemua individu itu terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang perempuan telah dibawa ke Balai Polis Batu Ampat, Kota Tinggi untuk diambil keterangan.

"Kes ini telah diambil oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan, Jabatan Perhutanan Negeri Johor serta akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya.

Lapan individu yang ditahan selepas disyaki menceroboh Air Terjun Sungai Pelepah Kiri, Hutan Simpan Kekal Panti Kota Tinggi pada Ahad. - Foto Jabatan Perhutanan Negeri Johor.
Lapan individu yang ditahan selepas disyaki menceroboh Air Terjun Sungai Pelepah Kiri, Hutan Simpan Kekal Panti Kota Tinggi pada Ahad. - Foto Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

"Mereka boleh disabitkan di bawah Seksyen 47 (1) (c) Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 Negeri Johor dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya," menurut kenyataan itu pada Ahad.

Tambah kenyataan itu lagi, Jabatan Perhutanan Negeri Johor, menyeru orang awam yang memperoleh maklumat berkaitan pencerobohan di dalam hutan simpan kekal agar memaklumkan secara rasmi berserta bukti bagi membolehkan siasatan dan tangkapan dilakukan.

"Jabatan Perhutanan Negeri Johor menasihatkan orang awam agar mendapatkan maklumat yang jelas berkaitan keperluan dan kaedah permohonan permit memasuki hutan simpanan kekal di Pejabat Hutan Daerah terdekat sebelum menjalankan apa-apa aktiviti di dalam hutan simpan kekal.

"Jabatan Perhutanan Negeri Johor bersama agensi penguatkuasa yang lain akan sentiasa menjalankan operasi pemantauan bersepadu bagi memastikan aktiviti pencerobohan hutan simpan kekal dapat dibendung," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!