Selangor FC idam pentas Asia

Shahrel Fikri bakal memperkuat jentera serangan Selangor FC mulai musim depan.
Shahrel Fikri bakal memperkuat jentera serangan Selangor FC mulai musim depan.
A
A
A

SELANGOR FC sekali lagi menanam impian untuk kembali beraksi di pentas Asia pada 2022 selepas gagal menyambar tiket Liga Juara-Juara Asia mahupun Piala AFC musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, sasaran itu dibuat selaras dengan petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan pasukan bagi musim baharu 2021.

Justeru, beliau memberitahu, skuad The Red Giants kini sedang giat memburu barisan pemain terbaik termasuk awang import dalam usaha merealisasikan sasaran tersebut.

“Selain mahu mencabar kejuaraan Liga Super musim depan, kami juga mahu layak beraksi di pentas Asia. Disebabkan itu, kami berusaha membawa pemain-pemain terbaik bagi memperkuatkan pasukan.

“Kami telah pun membawa masuk Shahrel Fikri (Md Fauzi) untuk digandingkan dengan penyerang import sedia ada yang juga pemenang anugerah Kasut Emas, Ifedayo Olusegun.

“Dengan adanya pemain-pemain terbaik, saya berharap Selangor FC hasrat untuk muncul selaku pencabar Liga Super, seterusnya layak beraksi sehingga peringkat Asia pada tahun 2022,” katanya.

Selepas sah mengikat Sharel Fikri, Selangor FC berjaya melakar pemain import dari Jerman, Tim Heubach bagi memperkuatkan benteng pertahanan The Red Giants mulai musim depan.

Heubach menjadi pemain import pertama yang menyertai Selangor FC selepas mereka mengekalkan khidmat dua pemain import - Ifedayo dan Safuwan Baharudin.

Artikel Berkaitan: