Sebarkan kebaikan di media sosial

Merak Jalanan berpandangan adalah lebih baik perkongsian di media sosial mengenai perkara-perkara yang mengajak ke arah kebaikan.
Merak Jalanan berpandangan adalah lebih baik perkongsian di media sosial mengenai perkara-perkara yang mengajak ke arah kebaikan.
A
A
A

MERAK Jalanan perhatikan ramai kalangan pengguna media sosial sering berkongsi kehidupan masing-masing untuk tatapan rakan-rakan alam maya.

Kebanyakannya menunjukkan minat dan hobi mereka melalui gambar serta video untuk berkongsi keterujaan melakukan akitiviti masing-masing.

Bagi yang meminati bidang automotif, perkongsian menjurus perkara yang berkaitan motor dan kereta.

Daripada ulasan unboxing jentera baharu hinggalah kepada konvoi, semuanya dikongsi di media sosial.

Cumanya, apa yang Merak Jalanan perhatikan ada kalangan mereka yang berkongsi pemanduan masing-masing dengan jelas menunjukkan meter kelajuan jentera.

Kelihatan juga yang memandu dan menunggang melebihi had ditetapkan seperti pemanduan melebihi 110 kilometer sejam di lebuh raya.

Pelanggaran undang-undang itu dipaparkan di media sosial masing-masing. Bahkan ada yang melakukan modifikasi berlebihan ke atas kenderaan dan semuanya dipaparkan untuk tatapan umum.

Tindakan itu seperti mencabar pihak berkuasa kerana harus diingat, pemburuan pelaku oleh pihak berkuasa amat mudah dilakukan melalui jejak media sosial.

Artikel Berkaitan:

Pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga tidak perlu berpanas di tengah jalan untuk memburu pesalah jalan raya kerana pesalah itu sendiri akan up perbuatan mereka di media sosial.

Oleh itu Merak Jalanan berpandangan adalah lebih baik perkongsian di media sosial mengenai perkara-perkara yang mengajak ke arah kebaikan seperti menunjukkan kaedah pemanduan dan tunggangan yang selamat.

Walaupun ia tidak menjanjikan jumlah followers dan likers yang banyak dengan perkongsian seumpama itu, ia lebih baik daripada dicekup pihak berkuasa kerana melanggar undang-undang.