Solat lima waktu syarat utama bekerja di Sabasun

Che Salmi Ibrahim
Che Salmi Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat Sabasun Hyperuncit Sdn Bhd menetapkan syarat utama untuk bekerja di syarikat itu adalah tidak meninggalkan solat lima waktu.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabasun Hyperuncit, Che Salmi Ibrahim berkata, kriteria tersebut merupakan asas bagi membentuk jati diri dan kemajuan pekerja itu sendiri.

"Staf Sabasun yang kesemuanya berjumlah 500 orang adalah bumiputera.

"Antara syarat utama dikemukakan masa temu duga adalah tidak meninggalkan solat lima waktu. Itu syarat utama.

"Selain itu, kita juga sentiasa adakan program kerja dalam kumpulan untuk menanam kepercayaan dalam satu pasukan, yang mempunyai satu fikiran dan satu hati sekali gus dapat memacukan lagi perniagaan Sabasun," katanya ketika menjadi salah seorang panel forum Webinar Bisnes&Usahawan Era Digital dan Covid yang disiarkan secara langsung menerusi aplikasi Zoom pada Ahad.

Menurutnya, dengan adanya penekanan solat dalam kalangan pekerja secara tidak langsung dapat melahirkan pekerja yang jujur dan amanah.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Che Salmi berkata, syarikat itu bakal membuka perniagaan di luar Terengganu.

"Buat masa ini kami hanya beroperasi di Terengganu. Insya-ALLAH Mac tahun depan kami akan berkembang di Kuala Lumpur iaitu di Kampung Baru," katanya.

Artikel Berkaitan: