Selamat datang SPRM, kata Nik Abduh

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pas tidak tertekan dengan siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan parti itu menerima dana RM90 juta.

Malah, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut mengucapkan selamat datang kepada suruhanjaya itu.

“Pas tertekan? Tidak. Selamat datang SPRM. Semua tahu, semakin Pas berkuasa, semakin berkuasalah SPRM,” katanya di Facebook, hari ini.

Semalam, SPRM menyatakan pihaknya akan memulakan siasatan berhubung kes dana RM90 juta yang diterima Pas.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ia telah dirujuk kepada agensi itu.

ARTIKEL BERKAITAN:SPRM siasat kes Pas terima dana RM90 juta

Tahun lalu, nama Nik Mohamad Abduh dikaitkan dengan rakaman audio didakwa suara Ahli Parlimen Bachok itu.

Dalam rakaman tersebut, Nik Mohamad Abduh dikatakan mengakui bahawa Pas menerima wang daripada Umno.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, beliau telah menafikan dakwaan itu dan menganggapnya sebagai fitnah.

Isu tersebut kembali diperkatakan baru-baru ini apabila dua orang pengguna Facebook mendakwa sebagai saksi hidup dan mengesahkan kebenaran rakaman audio itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Muncul saksi hidup rakaman audio Nik Abduh?