X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Kes positif Kluster Halban di Kelantan meningkat

Sembilan kluster aktif di Kelantan termasuk dua yang baharu dikesan pada Sabtu iaitu Kluster Halban dan Kluster Seragam Chepa.
A
A

KOTA BHARU - Penularan jangkitan Covid-19 membabitkan Kluster Halban di Kelantan terus mencatatkan pertambahan sejumlah 18 kes sekali gus menyumbang rekod harian sebanyak 31 kes positif di negeri itu pada Ahad.

Rekod itu menjadikan jumlah keseluruhan 606 kes positif Covid-19 terdapat di Kelantan dengan 122 kes dalam rawatan termasuk tiga di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menerusi Facebook memaklumkan, pertambahan jumlah Kluster Halban itu daripada 29 kes positif yang direkodkan ketika kluster aktif dikesan pada Sabtu.

Kluster baharu tersebut melibatkan daerah Kota Bharu iaitu kes indeks bagi kluster tersebut ialah kes ke-505 yang dilaporkan positif Covid-19 pada 23 Disember lalu melalui saringan kontak rapat.

Bagi 31 kes harian pada Ahad melibatkan 29 kes penularan tempatan, manakala dua kes import iaitu masing-masing satu di Bachok dan Tanah Merah.

Tiada kematian direkodkan pada Ahad menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah enam.

Sementara itu, satu lagi kluster aktif iaitu Kluster Seragam Chepa melibatkan daerah Kota Bharu, Bachok dan Tumpat.

Kes indeks bagi kluster ini ialah kes ke-503 yang dilaporkan positif Covid-19 pada 22 Disember lalu melalui saringan individu bergejala.

Sehingga Sabtu, sejumlah 430 individu disaring dan 13 kes dikesan positif dalam kluster ini.

Keseluruhan kluster aktif di Kelantan adalah sembilan dan daerah Kota Bharu kekal zon merah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!