X

Kindly register in order to view this article
!

Nazri pertahan Ahmad Zahid, sertai Majlis Presiden PN bukan ‘aneh’

Mohamed Nazri Aziz
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Ahad tampil mempertahankan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyertai Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, tindakan Presiden UMNO itu bukan satu keputusan yang ‘aneh’ sebaliknya hanya perkara biasa.

“(Ahmad Zahid) kena hadir pasal kita ada 20 orang yang duduk dalam Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri.

“Bila ada majlis perjumpaan, kita kena hadir,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang mendakwa 'malu' dengan keputusan 'aneh' Ahmad Zahid menyertai Majlis Presiden Perikatan Nasional PN.

Tengku Razaleigh atau Ku Li yang juga merupakan Ahli Parlimen Gua Musang berkata, UMNO bukanlah ahli PN.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri yang juga merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kehadiran Ahmad Zahid juga adalah bagi mengetahui dasar-dasar yang akan dibuat oleh kerajaan PN.

“Nanti dia tak bincang dengan kita bila kita tak hadir. Kita tak boleh marah dia (sebab tak hadir),” tegasnya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!