Status halal daging jenama Allana dijaga rapi

Syarikat Kumpulan Allana mengeksport daging ke lebih dari 70 negara.
Syarikat Kumpulan Allana mengeksport daging ke lebih dari 70 negara.
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat pengeluar daging halal terbesar dunia jenama Allana memberi jaminan kepada semua pengguna jenama itu bahawa status halal produk mereka sentiasa dijaga rapi.

Kumpulan Allana dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, status halal itu juga sentiasa dipatuhi setiap masa selaras dengan status Allana sebagai sebuah syarikat yang sangat bertanggungjawab.

"Yakinlah bahawa tidak ada alasan untuk produk Allana dipalsukan kerana bekalan sentiasa cukup dan harganya amat berpatutan.

"Loji penyembelihan Allana diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pada masa ini semua loji penyembelihan milik syarikat kami telah diakreditasi sepenuhnya oleh Malaysia," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gudang kartel proses daging babi

Kartel tukar daging haram jadi halal

Rakyat Malaysia gempar isu daging import haram

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/116416/ANALISIS-SEMASA/Rakyat-Malaysia-gempar-isu-daging-import-haram

2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Kenyataan itu juga menyebut, terdapat kebolehkesanan (traceability) penuh untuk setiap kontena yang tiba ke Malaysia dari pengimport ke pemborong kerana setiap kotak daging mempunyai kod QR yang dicetak.

Menurutnya, daging diperiksa dan dijual kepada pengimport Malaysia yang sudah lama dikenali.

Katanya, pengimport daging syarikat itu termasuk Ramly Food Processors iaitu jenama pemproses daging terkemuka yang telah menjalin hubungan dengan syarikat mereka selama lebih 25 tahun.

Jenama Allana juga merupakan syarikat pelopor pengeksportan daging dari India sejak lebih 51 tahun lalu iaitu bermula 1969.

Artikel Berkaitan:

Kumpulan Allana dimiliki dan diuruskan oleh sebuah keluarga Muslim terkemuka dan hari ini ia diuruskan oleh generasi keenam keluarga tersebut.

Syarikat berkenaan mengeksport daging ke lebih dari 70 negara dan Allana merupakan jenama popular di negara tersebut kerana kualitinya.

Daging Allana menjadi pilihan pengguna daging di banyak negara di dunia termasuk Indonesia, Malaysia, Mesir, Arab Saudi, Dubai.

Kumpulan Allana memberitahu, syarikatnya turut mempunyai perkongsian dalam perniagaan minyak sawit dengan Felda dan Lembaga Tabung Haji.

Sementara itu, menyentuh berkaitan perkembangan terbaru di Malaysia mengenai daging, kenyataan itu menegaskan, syarikat mereka sangat gembira kegiatan kartel haram telah didedahkan kerana aspek halal sememangnya tidak boleh dikompromi.

"Kami menyokong penuh hukuman yang paling berat (dikenakan) kepada individu yang melakukan kesalahan ini.

"Kami difahamkan bahawa daging yang murah dari China dan Amerika Selatan (semuanya tidak diluluskan untuk pembekalan daging dan bahagian dalaman ke Malaysia) telah dibungkus semula sebagai daging lembu premium Australia," katanya.

Sinar Harian sebelum ini membongkar taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan digesa dedahkan dalang kartel daging

PPIM kemuka cadangan tangani isu kartel daging