Sembilan anjing liar mati diracun

Sembilan anjing liar ditemukan mati dipercayai akibat diracun berhampiran kawasan kilang di Puncak Jelapang sejak Khamis lepas.
Sembilan anjing liar ditemukan mati dipercayai akibat diracun berhampiran kawasan kilang di Puncak Jelapang sejak Khamis lepas.
A
A
A

IPOH - Sembilan anjing liar ditemui mati dipercayai akibat diracun berhampiran kawasan kilang di Puncak Jelapang di sini sejak Khamis lalu.

Kejadian itu disedari seorang wanita berusia 40 tahun yang tinggal berhampiran kawasan berkenaan selepas menemui dua bangkai anjing di hadapan rumahnya kira-kira jam 10 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, pada keesokannya, wanita terbabit menemui tujuh lagi bangkai anjing di kawasan kilang berhampiran.

Menurutnya, sebelum kejadian wanita itu mendakwa ada terlihat lima lelaki tidak dikenali berada di lorong berhampiran rumahnya tanpa dikenal pasti tujuannya.

"Wanita itu kemudiannya tampil membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri.

"Siasatan awal dijalankan tidak menolak kemungkinan semua haiwan terbabit mati akibat diracun.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan membunuh atau mencacatkan haiwan," katanya.

Sementara itu, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu tampil membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, tindakan meracun mati haiwan berkenaan tidak akan menyelesaikan masalah kejiranan malah menyalahi undang-undang.

"SAFM mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan sekumpulan individu ini dan kita akan berusaha menegakkan keadilan buat anjing-anjing ini," katanya.