Dua beranak maut kereta terbabas langgar pokok

Anggota bomba mengeluarkan mayat dua beranak yang tersepit selepas Perodua Alza dipandu terbabas mangsa dan melanggar sebatang pokok di Jalan Felda Bukit Batu, Kulai pada Ahad.
Anggota bomba mengeluarkan mayat dua beranak yang tersepit selepas Perodua Alza dipandu terbabas mangsa dan melanggar sebatang pokok di Jalan Felda Bukit Batu, Kulai pada Ahad.
A
A
A

KULAI - Seorang remaja lelaki bersama bapanya maut selepas kereta Perodua Alza dinaiki mereka hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok Akasia di Jalan Felda Bukit Batu di sini pada Ahad.

Dalam kejadian pada jam 7.43 pagi iru, pemandu, Mohamad Khairul Hasan, 34, dan Mohd Khairil Akmal Mohamad Khairul, 13, meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, kemalangan tersebut berlaku ketika kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Kulai menghala ke Pontian sebelum terbabas.

"Kenderaan mangsa melanggar pokok di bahu kiri jalan arah bertentangan. Pelanggaran itu mengakibatkan kenderaan tersebut remuk teruk di bahagian depan dan kedua-dua mangsa tersepit.

"Pihak bomba dipanggil untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit di tempat duduk masing-masing," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

No Image Caption

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dari Taman Scientex Kelapa Sawit, Kulaijaya dan semasa kejadian cuaca baik serta keadaan lalu lintas tidak sibuk tetapi persekitarannya agak gelap.

Sementara itu, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai serta sebuah jentera Light Fire Rescue Team (LFRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Artikel Berkaitan:

Komander Operasinya, Pegawai Bomba Kanan Firdaus Juritah berkata, pihaknya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa dengan mengambil masa kira-kira setengah jam.

"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir di lokasi," katanya.