Lelaki warga emas tunggang motosikal lawan arus

Mohd Said Ibrahim
Mohd Said Ibrahim
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun dikenal pasti sebagai penunggang motosikal yang melawan arus di Kilometer 262 Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, tular satu video di media sosial yang memaparkan motosikal jenis Demak ditunggang melawan arus dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Menurutnya, anggota polis terus ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu dan menahan lelaki terbabit.

"Siasatan mendapati warga emas berkenaan mempunyai masalah ingatan dan sedang dalam perjalanan dari arah Taman Temiang Jaya di sini menghala ke Bahau, Jempol.

"Dia tidak menyedari telah memasuki laluan ke Leburaya Utara-Selatan dan menunggang secara melawan arus," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, saringan ujian nafas dan air kencing negatif alkohol dan dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Terdahulu, pada Sabtu kira-kira jam 11.57 malam, tular rakaman video berdurasi selama 10 saat di media sosial menunjukkan sebuah motosikal yang dipercayai ditunggang secara melawan arus di Kilometer 262 Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan.

Bagaimana pun, video tersebut dipercayai sudah dipadam berikutan pautan video tersebut tidak lagi boleh diakses sejak kira-kira jam 11.30 pagi pada Ahad.

Artikel Berkaitan: