NGO Islam digesa buat laporan polis isu kartel daging

Antara laporan Sinar Harian berkaitan kartel daging haram
Antara laporan Sinar Harian berkaitan kartel daging haram
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini digesa untuk bangkit dan membuat laporan polis berhubung isu kartel daging yang didedahkan.

Presiden Waqafa International, Datuk Abu Ubaidah Kemin berkata, ia bagi mendesak kerajaan menggantung operasi syarikat-syarikat berkaitan sepanjang siasatan dan dakwaan dilakukan.

Selain daripada laporan polis, beliau turut menggesa agar kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

“Untuk menyiasat perkara ini dan mendakwa pihak-pihak yang terkait kerana ia menyangkut isu pokok kepada kesejahteraan umat Islam,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN Kartel tukar daging haram jadi halal

Kartel daging haram: MCW serah memorandum

Daging import haram dijual secara online

Sinar Harian pada awal bulan ini mendedahkan kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula dengan label serta cap palsu dan menjualnya dalam pasaran negara ini.

Artikel Berkaitan:

Perkara itu dibongkarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yang mengenal pasti tiga jenama popular produk daging sejuk beku keluaran Australia yang diproses di sebuah kilang sejuk beku.

Mengulas lanjut, Abu Ubaidah pada masa yang sama turut mendesak agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menambah pegawai penguat kuasa mereka dan menggubal dasar halal yang lebih melindungi pengguna khususnya umat Islam.