X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki ditahan bersama rokok seludup

PGA Batalion 7 Kuantan merampas 5,240 batang rokok putih dan kretek bernilai RM3,946 yang diseludup dari negara jiran di Sekat Pintas Banggol Kong, Jeram Perdah, Rantau Panjang.
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan merampas 5,240 batang rokok putih dan kretek bernilai RM3,946 yang diseludup dari negara jiran di Sekat Pintas Banggol Kong, Jeram Perdah di sini pada petang Sabtu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, selain itu seorang lelaki berusia 54 tahun turut di tahan bagi membantu siasatan.

"Nilai rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM23,946.80," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Menurutnya, semasa anggota PGA sedang melakukan tugas Sekatan di Jalan Raya (SJR) Banggol Kong, Jeram Perdah, mereka telah menahan sebuah kenderaan dari jenis Perodua Kembara untuk tujuan pemeriksaan.

Sebuah kenderaan dari jenis Perodua Kembara turut dirampas semasa anggota PGA sedang melakukan tugas Sekatan di Jalan Raya (SJR) Banggol Kong, Jeram Perdah, Rantau Panjang.
Sebuah kenderaan dari jenis Perodua Kembara turut dirampas semasa anggota PGA sedang melakukan tugas Sekatan di Jalan Raya (SJR) Banggol Kong, Jeram Perdah, Rantau Panjang.

Katanya, pemeriksaan awal ke atas kenderaan itu telah menemui dua beg plastik hitam yang mengandungi rokok putih dan keretek.

“Pemeriksaan lanjut ke atas beg plastik itu, kita telah temui 5,000 batang rokok putih dan 240 batang rokok keretek

“Kesemua barangan kes dan suspek dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut," katanya.

Azhari turut memaklumkan kes tersebut disiasat bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan siasatan awal mendapati kesemua rokok tersebut disyaki diseludup dari Thailand untuk pasaran tempatan.

"Kita juga dapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!