Golongan tolak vaksin

Keputusan kerajaan tentang vaksin Covid-19 juga ambil kira pandangan pakar perubatan dan ahli farmasi.
Keputusan kerajaan tentang vaksin Covid-19 juga ambil kira pandangan pakar perubatan dan ahli farmasi.
A
A
A

Bercakap pasal vaksin, memang ada perbincangan tentang fatwa menggunakannya. Dalam media sosial banyaklah fatwa pasang siap tentang hal itu. Ada yang kata, tak halal. Jadi jangan gunakan.

Awang rasa sedih pandangan seperti ini. Sudahlah saintis dan pakar perubatan Islam tak cipta vaksin yang suci dan boleh guna tanpa was-was, bila dah ada vaksin, banyak pula pandangan menentang.

Awang setuju dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bahawa orang yang tolak vaksin ini hanya pentingkan diri sendiri.

Orang lain sedang berusaha keras nak selamatkan nyawa, mereka masih sibuk dengan hal-hal kecil dan takutkan bayang-bayang.

Katanya lagi, walaupun beliau hormati pandangan yang berbeza tapi maslahah yang lebih besar ialah untuk melindungi rakyat daripada wabak itu. Keputusan kerajaan tentang vaksin Covid-19 juga ambil kira pandangan pakar perubatan dan ahli farmasi.

Pandangan para ulama besar dunia juga diminta. Keputusannya semua sama, tiada yang menolak penggunaannya.

Sebelum ini pun Datuk Dr Asri Zainal Abidin ada bangkitkan hal yang sama. Beliau mahu umat Islam faham proses membuat vaksin itu.

Katanya, dalam Islam ada hukum mengenai bahan-bahan yang berubah daripada satu peringkat ke satu peringkat.

Artikel Berkaitan:

Awang nak nasihat golongan antivaksin ini supaya lebih bertanggungjawab tentang kenyataan dan tindakan mereka.