X

Kindly register in order to view this article
!

Terengganu terima kunjungan pelancong luar biasa

Peserta Kalang Warisan Explore Ride memulakan kayuhan sejauh 40 kilometer di Kampung Pulau Manis, Serada.
A
A

KUALA TERENGGANU – Terengganu dijangka kekal antara tiga negeri yang menjadi destinasi pilihan utama pelancong apabila dilihat menerima kemasukan jumlah pengunjung luar biasa selepas kerajaan membenarkan rentas negeri bermula 7 Disember lalu.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim berkata, perkara itu berdasarkan tempahan hotel negeri ini yang mencapai lebih 90 peratus pada hujung minggu sama seperti selepas rentas negeri pertama dibenarkan pada Jun lalu.

Menurutnya, selain tempahan hotel meningkat mendadak, lokasi tumpuan pelancong dan pantai turut sesak dengan kehadiran kenderaan dari luar Terengganu menunjukkan sektor pelancongan negeri ini kembali ‘bernyawa’ dan meriah.

Terengganu dijangka kekal antara tiga negeri yang menjadi destinasi pilihan utama pelancong apabila dilihat menerima kemasukan jumlah pengunjung luar biasa selepas kerajaan membenarkan rentas negeri bermula 7 Disember lalu.
Terengganu dijangka kekal antara tiga negeri yang menjadi destinasi pilihan utama pelancong apabila dilihat menerima kemasukan jumlah pengunjung luar biasa selepas kerajaan membenarkan rentas negeri bermula 7 Disember lalu.

“Selepas rentas negeri pertama dibenarkan mula Jun hingga September, kita berada tiga negeri teratas menerima paling ramai jumlah pelancong berdasarkan purata penginapan bulanan di hotel-hotel, selain Pahang dan Perak.

“Kita jangka kali ini Terengganu akan berada pada kedudukan sama kerana Persatuan Hotel Malaysia (MAH) cawangan Terengganu maklumkan hotel-hotel di bawah mereka menerima tempahan dan kunjungan sama seperti gelombang pertama sebelum ini.

“Sekarang kita tidak boleh maklumkan jumlahnya kerana di peringkat pengumpulan data keseluruhan tapi jika dilihat secara kasar di bandar, produk-produk pelancongan, pantai yang sesak, hotel penuh ini jelas menunjukkan kita menerima kedatangan pelancong secara luar biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Kalang Warisan Explore Ride anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan Persatuan Belia Pemanis bersama TAC Outdoor di Dataran Komuniti Pulau Manis Serada di sini pada Sabtu.

Pelepasan program kayuhan sejauh 40 kilometer bertemakan 'Go Healthy Go Heritage' yang disertai lebih 300 peserta mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan itu disempurnakan Exco Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman

Mohd Huzairil Nizam berkata, beliau berharap limpahan pengunjung ke Terengganu bukan hanya menyemarakkan sektor pelancongan malah dapat membantu meningkatkan ekonomi rakyat khususnya peniaga dan penjaja kecil yang terjejas akibat Covid-19.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan kehadiran pelancong namun dalam masa sama meminta kerjasama pengunjung dari zon merah peka dengan kesihatan sendiri dan hadir ke klinik kesihatan berhampiran bagi menjalani penilaian risiko.

“Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu ada keluarkan arahan ini (penilaian risiko) jadi kita harap pengunjung patuhinya bagi mengelak penularan wabak Covid-19,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!