Lelaki hilang ditemukan mati terapung

No Image Caption
A
A
A

BACHOK - Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di Pantai Sri Telong, Melawi di sini, petang semalam ditemukan terapung, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Penolong Penguasa Bomba Yus Heary Mahmud berkata, mayat Mohd Faiz Abdullah, 26, ditemukan kira-kira 500 meter dari tempat mangsa dikatakan hilang kira-kira 4 pagi tadi.

“Mayat jurudawai yang berasal dari Tanah Merah itu ditemukan masih lengkap berpakaian baju kemeja T putih dan berseluar trek yang disahkan oleh anggota keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, kegembiraan 35 anggota keluarga menyambut Hari Keluarga sempena cuti perayaan berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka lemas dalam kejadian kira-kira 6.45 petang itu.

Mohd Faiz dipercayai mandi dalam keadaan berbaring sebelum tanpa disedari dibawa arus hingga ke tengah laut. - Bernama

Artikel Berkaitan: