Moyes gembira pemain bersemangat

David Moyes
David Moyes
A
A
A

PENGENDALI West Ham United, David Moyes gembiera dengan semangat yang ditunjukkan kesebelasan anak buahnya menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Brighton di Stadium London, pada Ahad.

Moyes berkata, kesemua pemain menunjukkan sikap positif menjelang perlawanan berkenaan dan dia diharap dapat membantu ketika melayan kunjungan skuad The Seagulls itu.

“Kita baru sahaja tewas 0-3 kepada Chelsea, tetapi berdasarkan suasana harmoni yang saya lihat pada sesi latihan membuatkan saya cukup gembira.

“Saya gembira melihat perkembangan yang baik ini dalam pasukan saya dan secara tidak langsung ia memberikan petanda baik buat pasukan melakar kejayaan.

“Pemain-pemain dilihat bersemangat untuk beraksi itu dan saya rasa ia akan membantu kejayaan kita nanti,” katanya.

Kesebelasan West Ham United.
Kesebelasan West Ham United.

Skuad The Hammers itu kini berada pada kedudukan ke-10 EPL dengan 21 mata hasil enam kemenangan, tiga seri dan tewas lima kali daripada 14 perlawanan setakat ini manakala Brighton pula berada pada kedudukan ke-17 dengan 12 mata hasil dua kemenangan, enam seri dan tewas enam kali daripada 14 perlawanan.

Sementara itu Moyes yakin suasana harmoni yang wujud dalam pasukan berkenaan perlu berterusan bagi skuad The Hammers itu melakar lebih banyak kejayaan selepas ini.

Artikel Berkaitan:

“Bagi saya, saya melihat semangat yang membina dalam kalangan pemain, biarpun baru sahaja mengalami kekalahan kepada Chelsea.

“Kini, keharmonian itu hanya perlu dipastikan berterusan dan saya yakin kami mampu meneruskannya,” katanya.