Pemandu maut, bas rempuh treler susu getah

Anggota bomba membantu mengeluarkan pemandu bas yang maut akibat tersepit dalam kemalangan berkenaan.
Anggota bomba membantu mengeluarkan pemandu bas yang maut akibat tersepit dalam kemalangan berkenaan.
A
A
A

HULU SELANGOR - Seorang pemandu bas maut akibat tersepit setelah bas ekspres yang dipandunya merempuh sebuah lori tangki membawa muatan susu getah di Kilometer 409.4 Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan) awal pagi tadi.

Ketika kejadian, mangsa, Muhamad Azhar Abdul Razak, 43, membawa 30 penumpang dalam perjalanan dari Kedah ke Shah Alam.

Keadaan bas dalam perjalanan dari Kedah ke Shah Alam yang merempuh belakang lori tangki di Lebuhraya Utara Selatan dalam kejadian jam 4.43 pagi tadi.
Keadaan bas dalam perjalanan dari Kedah ke Shah Alam yang merempuh belakang lori tangki di Lebuhraya Utara Selatan dalam kejadian jam 4.43 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kejadian berlaku pada jam 4.43 pagi apabila bas yang dipandu mangsa melanggar belakang lori tangki yang bergerak perlahan di lorong kiri lebuhraya.

"Dalam kemalangan ini, pemandu bas berasal dari Sungai Petani Kedah itu tersepit dan meninggal dunia ditempat kejadian manakala pemandu lori tangki tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Seramai 30 orang penumpang berada dalam dalam bas berkenaan, seorang daripadanya cedera parah manakala sembilan lagi mangsa mengalami cedera ringan," katanya.

Anggota bomba membantu mengeluarkan pemandu bas yang maut akibat tersepit dalam kemalangan berkenaan.
Anggota bomba membantu mengeluarkan pemandu bas yang maut akibat tersepit dalam kemalangan berkenaan.

Kesemua mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Lim Bak Phai berkata, siasatan lanjut mendapati pemandu lori tangki, lelaki berusia 33 tahun berasal dari Bukit Mertajam,Pulau Pinang merupakan individu dikehendaki polis.

"Individu dikehendaki ini bersabit laporan berkaitan kes disiasat bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan,"katanya.

Sementara itu, kerja-kerja pembersihan cecair susu getah dilakukan pasukan Bomba dan Penyelamat Hazmat dari Balai Bomba Shah Alam.

#huluselangor Bas ekspres bawa 30 penumpang melanggar belakang sebuah lori tangki di Kilometer 409.4 Lebuh Raya Utara Selatan, pagi tadi [ARTIKEL PENUH : https://www.sinarharian.com.my/article/11635/BERITA/Tragedi/Pemandu-maut-bas-rempuh-treler-susu-getah ] Laporan: MOJO Sinar Harian Selangor MOHD RIDZUAN ABU HASSAN

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Wednesday, February 6, 2019