Bursa Malaysia dibuka tinggi

No Image Caption
A
A
A

BURSA Malaysia dibuka tinggi hari ini susulan minat belian di kaunter wajaran tinggi, walaupun prestasi semalaman Wall Street rendah, kata peniaga.

Pada 9.03 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.87 mata kepada 1,689.48 berbanding 1,683.61 pada penutupan Isnin.

Indeks dibuka 4.39 mata lebih tinggi kepada 1,688.

Kedudukan pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 75 berbanding 42, manakala 120 kaunter tidak berubah, 1,617 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 36.02 juta saham bernilai RM18.89 juta.

Maybank IB Reseach berkata, ia menjangkakan FBM KLCI menguji tahap rintangan segera pada1,719 sebelum kembali menurun.

"Kami percaya landskap teknikal semakin baik berdasarkan struktur rendah yang lebih tinggi dan potensi ia keluar daripada kedudukan sedia ada," katanya dalam nota hari ini.

Sementara itu, Public Investment Bank Bhd dalam notanya berkata, FBM KLCI mungkin menghadapi kesukaran untuk meningkat hari ini selepas terdapat tanda-tanda penurunan di Wall Street berikutan peningkatan keuntungan selama lima hari S&P500 ketika peserta pasaran mengaji sekumpulan keputusan kewangan yang bercampur-campur.

Artikel Berkaitan:

Mereka juga mendapati tidak banyak yang boleh diraih daripada ucapan State of the Union oleh Presiden Donald Trump pada Selasa.

Di Wall Street, S&P500 ditutup 0.2 peratus lebih rendah kepada 2,731, selepas meningkat 3.7 peratus berbanding lima sesi sebelumnya, manakala Nasdaq Composite susut 0.4 peratus, manakala Dow Jones Industrial Average turun 0.1 peratus.

Di Bursa Malaysia, saham wajaran tinggi, Maybank menokok satu sen kepada RM9.58, Public Bank menambah lapan sen kepada RM24.90, Tenaga meningkat 12 sen kepada RM13.06 manakala Petronas Chemicals dan Hong Leong Bank masing-masing tidak berubah pada RM8.45 dan RM20. 80.

Bagi saham aktif, Bumi Armada, Sinmah Capital dan Bina Puri masing-masing meningkat setengah sen kepada 20.5 sen, 18 sen dan 18.5 sen manakala Seacera dan Sapura Energy masing-masing kekal 25 sen dan 26.5 sen.

Indeks FBM Emas menokok 34.54 mata kepada 11,707.68, Indeks FBMT 100 naik 34.95 mata kepada 11,591.38 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 31.23 mata kepada 11,574.39.

Indeks FBM Ace menambah 3.68 mata kepada 4,476.86 dan FBM 70 meningkat 19.89 mata kepada 13,894.88.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 54.37 mata kepada 17,624.19, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.37 mata kepada 161.79 manakala Indeks Perladangan merosot 0.76 mata kepada 7,267.95. - Bernama