Putera Mahkota Arab Saudi terima suntikan vaksin Covid-19

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.
A
A
A

RIYADH - Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 sebagai sebahagian daripada rancangan vaksinasi nasional yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan, lapor agensi berita rasmi, Saudi Press Agency (SPA) pada Jumaat.

Kementerian Kesihatan sebelum ini memaklumkan setengah juta penduduk Arab Saudi telah mendaftar dalam program vaksinasi berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Arab Saudi membuka pusat vaksin Covid-19 di Jeddah pada Khamis, sekali gus menjadi kemudahan inokulasi kedua di negara itu selepas Riyadh.

Pusat itu dibuka di terminal selatan di Lapangan Terbang King Abdulaziz yang direka bagi menampung kapasiti besar orang ramai secara teratur menerusi kemudahan 84 klinik serta dikendalikan kakitangan pakar perubatan.

Portal Arab News melaporkan pusat vaksin itu dijayakan dengan inisiatif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.

Dalam tempoh 24 jam terakhir, Arab Saudi mencatat 178 kes baharu sekali gus menjadikan kumulatif kes positif meningkat kepada 361,903 kes. - Agensi

Artikel Berkaitan: