Mampukah sejarah tercipta di Niger?

Kira-kira 42 peratus penduduk Niger hidup dengan pendapatan sebanyak AS$1.90 (RM7.71) sehari. - Foto AFP
Kira-kira 42 peratus penduduk Niger hidup dengan pendapatan sebanyak AS$1.90 (RM7.71) sehari. - Foto AFP
A
A
A

NIGER yang merupakan negara paling miskin di Afrika menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan pilihan raya Presiden pada hari Ahad ini walaupun berdepan dengan ancaman keselamatan daripada beberapa kumpulan pelampau agama yang masih belum meletakkan senjata masing-masing.

Ia juga berharap akan mencipta sejarah bagi menjadikan peralihan kepimpinan dilakukan secara aman walaupun kemungkinan terdapat serangan daripada kumpulan Boko Haram dan Negara Islam (IS) serta Al-Qaeda di Islamik Maghrib.

Presiden Niger ketika ini, Mahamadou Issoufou yang turut membantu menubuhkan Parti Nigerien Untuk Demokrasi dan Sosialisme-Tarayya (PNDS) dipilih pada tahun 2011 selepas junta tentera melakukan rampasan kuasa pada tahun 2010.

Beliau yang pernah belajar di Perancis dan bekerja sebagai jurutera perlombongan pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada tahun 1993 hingga September 1994 dan kalah tiga kali dalam percubaan untuk menjadi Presiden.

Namun, pihak tentera bertindak merampas kuasa pada tahun 2010 yang ketika itu jawatan Presiden dipegang oleh Momadou Tandja melalui pilihan raya Presiden pada tahun 1999 atas alasan beliau mahu mengubah perlembagaan untuk mengekalkan kuasa pemerintahannya.

Justeru, junta tentera kemudian mengadakan pilihan raya Presiden pada tahun 2011 menyebabkan Mahamadou menang dan Perlembagaan Niger hanya membenarkan pemegangnya menduduki jawatan itu hanya selama dua penggal.

Setiap penggal itu melibatkan tempoh selama lima tahun dan negara tersebut melaksanakan dua sistem pusingan pilihan raya Presiden.

Jika tiada calon yang memperoleh majoriti dalam pusingan pertama, pusingan kedua pilihan raya akan diadakan pada bulan Februari tahun depan bagi menentukan pemenang jawatan itu.

Artikel Berkaitan:

Calon-calon yang turut disebut menjadi pilihan memegang jawatan itu ialah Mohamed Bazaoum, 60, iaitu bekas Menteri Dalam Negeri dan mantan Menteri Luar serta dua bekas ketua negara itu, Mahamane Ousmane dan Salou Djibo.

Bekas Perdana Menteri, Hama Amadou, 70, pula diharamkan bertanding dalam pilihan raya Presiden itu kerana beliau pernah dipenjarakan selama 12 bulan pada tahun 2017 kerana dituduh melakukan penyeludupan bayi tetapi dakwaan tersebut dianggapnya sebagai palsu.

Niger diancam dengan serangan daripada kumpulan-kumpulan pelampau seperti Boko Haram sejak tahun 2016. - Foto
AFP
Niger diancam dengan serangan daripada kumpulan-kumpulan pelampau seperti Boko Haram sejak tahun 2016. - Foto AFP

Terdapat 30 calon yang akan merebut jawatan Presiden kali ini.

Bagaimanapun, negara tersebut berdepan dengan ancaman daripada kumpulan-kumpulan jihad dari negara jiran iaitu Mali dan di tenggara Niger iaitu Nigeria yang

dilancarkan oleh kumpulan Boko Haram.

Menurut PBB, seramai 4,000 orang mati di Burkino Faso, Mali dan Niger akibat serangan kumpulan jihad pelampau agama dan pertumpahan darah etnik.

Berdasarkan laporan portal berita ABC, kumpulan IS mengaku bertanggungjawab membunuh enam pekerja bantuan kemanusiaan Perancis, pemandu dan penunjuk arah mereka di sebuah taman hidupan liar di Niger pada Ogos lalu.

Kumpulan Boko Haram turut dipersalahkan kerana membunuh 27 orang di kampung Toumour di wilayah Diffa, tenggara negara itu pada 12 Disember lalu dalam serangan yang dikatakan melibatkan masa selama empat jam sehingga ratusan orang lagi cedera.

Sebanyak tujuh askar dan 11 orang disyaki anggota kumpulan jihad mati dalam pertempuran di barat Niger sebelum berlangsungnya pilihan raya Presiden tersebut, kata

Kementerian Pertahanan negara berkenaan pada Khamis lalu seperti dilaporkan oleh AFP.

Presiden Niger ketika ini ialah Mahamadou Issoufou dan beliau tidak lagi boleh bertanding dalam pilihan raya Presiden negara itu pada Ahad ini. - Foto AFP
Presiden Niger ketika ini ialah Mahamadou Issoufou dan beliau tidak lagi boleh bertanding dalam pilihan raya Presiden negara itu pada Ahad ini. - Foto AFP

Kumpulan-kumpulan jihad itu dikatakan mahu menegakkan undang-undang syariah di Barat Afrika.

Pada tahun 2010, tujuh kakitangan syarikat gergasi nuklear Perancis, Areva dikatakan diculik oleh kumpulan Al-Qeada di Islamik Maghrib dari sebuah lombong uranium di utara negara tersebut.

Sehubungan itu, pilihan raya Presiden tersebut jika berjaya diadakan akan menyaksikan buat pertama kalinya peralihan pentadbiran dilakukan oleh dua orang pemimpin negara yang dipilih oleh rakyat selepas ia merdeka dari Perancis pada tahun 1960.

Negara itu menyaksikan terlalu banyak rampasan kuasa tentera dengan kali pertama diadakan pada tahun 1966 dengan menumbangkan kerajaan dipilih secara demokratik dan kali terakhir pada tahun 2010.

Niger menduduki tempat ke-189 iaitu kedudukan paling rendah dalam Indeks Pembangunan PBB 2020 dan kira-kira 42 peratus penduduknya hidup dengan pendapatan sebanyak AS$1.90 (RM7.71) sehari, menurut Bank Dunia seperti laporan AFP. - Agensi