X

Kindly register in order to view this article
!

Duit berterbangan?: Sufian Suhaimi beri penjelasan

A
A

BIARPUN sudah tiga hari Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) melabuhkan tirainya, namun pemenang Persembahan Terbaik iaitu Sufian Suhaimi masih menjadi sebutan ramai.

Selepas kecoh mengenai lampu chandelier dan pelamin yang dikatakan seperti menyindir bekas tunangnya, netizen juga turut mendakwa grafik bunga yang pecah pada skrin sebenarnya adalah duit kertas yang berterbangan.

Bagaimanapun bagi meredakan spekulasi, Sufian akhirnya membuka mulut dan memberi penjelasan mengenai hal tersebut.

"Duit berterbangan? Grafik pada akhir persembahan sebenarnya adalah gambaran bunga yang berterbangan hingga kosong.

"Mungkin pecahan bunga itu berbentuk petak dan warnanya yang cerah membuatkan ramai yang melihatnya dari sudut berbeza," tulisnya di Instagram.

Malah Sufian juga turut memuat naik video penjelasan dari team grafik, yang memberi penjelasan secara terperinci.

"Apapun, saya lebih daripada berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh @the_calla and team. Semoga pencerahan ini dapat mendamaikan hati-hati yang resah," ujarnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!