X

Kindly register in order to view this article
!

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri sampaikan ucapan Krismas

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin pada Jumaat berkenan menyampaikan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.

Menurut hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Selangor bertitah perayaan Krismas adalah mengenai meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Pada perayaan ini, marilah kita meraikannya dan menikmati walaupun perkara yang kecil yang selama ini diambil mudah. Semoga perayaan istimewa ini akan meninggalkan kenangan di hati kita dengan cara tersendiri.

“Semoga perpaduan di negara kita dan keselesaan yang dinikmati, dapat memperbaharui semangat pada musim perayaan ini,” menurut hantaran tersebut.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin juga mendoakan agar semua rakyat dan yang mereka sayangi akan terus ceria sepanjang tahun baharu sama ada di Malaysia ataupun luar negara. - Bernama

25 December 2020 ~ 2020 CHRISTMAS MESSAGE FROM HRH THE SULTAN OF SELANGOR SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ “The...

Posted by Selangor Royal Office on Thursday, December 24, 2020


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!