KKMM, Finas pantau pematuhan SOP di pawagam

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memantau pelaksanaan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang Covid-19 di pawagam seluruh negara.

Dalam kenyataannya pada Jumaat, Finas berkata, satu Program Lawatan Santai ke Pawagam telah diadakan di Golden Screen Cinemas (GSC) di Alamanda di sini Khamis bertujuan memantau pelaksanaan dan pematuhan SOP di pawagam itu.

Program itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek dan turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) KKMM, Tan Chuan Ou serta Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Mohammad turut melawat Bilik Projektor GSC bagi memantau operasi dan proses penayangan filem di pawagam.

Menurut Finas, sesi lawatan santai itu berupaya mengukuhkan hubungan strategik antara KKMM, Finas dan pemain industri pawagam dalam mendepani cabaran pemulihan ekonomi impak penularan Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan: