ADUN Jeram ajak sukarelawan bantu baik pulih jalan

Mohd Shaid memuat naik status berhubung perkara itu di Facebooknya pada Jumaat.
Mohd Shaid memuat naik status berhubung perkara itu di Facebooknya pada Jumaat.
A
A
A

PUNCAK ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli mengajak lebih ramai sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) bergotong-royong bagi membaik pulih jalan rosak yang menghubungkan Bandar Puncak Alam dan Kampung Bukit Hijau di sini.

Mohd Shaid berkata, sudah tiba masanya semua pihak terlibat mengerah keringat bagi bersama-sama membantu membaik pulih kerosakan jalan terbabit.

"Saya boleh menyumbang bahan keperluan untuk membaiki jalan tersebut.

"Sesiapa sahaja boleh menyertai aktiviti membaik pulih jalan ini yang mengalami kerosakan teruk," katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebooknya pada Jumaat.

Mohd Shaid berkata, jalan terbabit tidak diwartakan sebagai jalan utama kerana di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

"JPS tidak boleh menurap jalan mengikut prosedur operasi standard (SOP) melainkan hanya boleh meletakkan batu kasaran sahaja.

"JPS memberitahu, terlalu banyak kenderaan berat yang menggunakan laluan itu sedangkan ia bukan jalan laluan utama bagi kenderaan tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: