Paip gas meletup di Sinai Utara

Gambar fail menunjukkan kebakaran berlaku akibat letupan paip gas dekat bandar El-Arish, Sinai Utara. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan kebakaran berlaku akibat letupan paip gas dekat bandar El-Arish, Sinai Utara. - Foto AFP
A
A
A

KAHERAH - Satu letupan saluran paip gas berlaku di Sinai Utara, Mesir pada Khamis lalu, kata satu sumber keselamatan kepada AFP.

"Satu letupan berlaku pada (Khamis lalu) di saluran paip gas utama ke bandar El-Arish," kata sumber tersebut.

Bandar itu merupakan ibu negeri Sinai Utara.

Beberapa saksi berkata kepada AFP bahawa asap dan kebakaran dapat dilihat sejauh 30 kilometer manakala punca letupan itu masih belum diketahui.

Beberapa tahun kebelakangan ini, pihak berkuasa Mesir bertempur dengan kebangkitan kumpulan pejuang Islam di Sinai Utara. Kebangkitan itu berlaku sejak pihak tentera menyingkirkan Presiden Mohamed Morsi pada tahun 2013.

Gabenor wilayah, Abdel Fadil Shousha berkata dalam satu kenyataan bahawa letupan berkenaan tidak menyebabkan kematian dan kecederaan serta tidak memberi kesan terhadap bekalan gas di bandar itu.

Pasukan keselamatan mengawal tempat kejadian dan pihak berkuasa telah membuka satu siasatan berhubung letupan itu, tambah kenyataan tersebut.

Pada Februari 2018, pihak berkuasa telah melancarkan satu operasi di seluruh negara untuk menghapuskan militan dengan tumpuan dilakukan di Utara Sinai.

Artikel Berkaitan:

Pada awal tahun ini, sebuah kumpulan mendakwa pejuang Islam berkata, ia meletupkan satu saluran paip gas kira-kira 80 kilometer dari barat El-Arish dengan mendakwa ia dihubungkan ke Israel. - AFP