85 pemandu e-Hailing terima sumbangan wang tunai, barangan asas

85 pemandu e-hailing terima wang tunai RM200 dan barangan keperluan asas.
85 pemandu e-hailing terima wang tunai RM200 dan barangan keperluan asas.
A
A
A

KUANTAN - Seramai 85 pemandu e-hailing di bawah Parlimen Indera Mahkota menerima bantuan berupa barangan keperluan asas dan wang tunai RM200 bagi meringankan beban ekorang kehilangan punca pendapatan susulan pandemik Covid-19.

Pegawai Tugas-tugas Khas Ahli Parlimen Indera Mahkota, Wan Zulkiflly Wan Abdul Rahim berkata, bantuan berjumlah RM17,000 itu disumbangkan oleh ahli Parlimen kawasan terbabit yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah menerusi IMFutures.

"Umum tahu negara kembali terkesan dengan gelombang baharu pandemik Covid-19 malah kesannya turut dirasai rakyat di negeri ini apabila Kuantan diisytiharkan zon merah dan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan e-hailing kini tidak lagi berani keluar rumah.

"Hal ini turut menyebabkan pendapatan pemandu e-hailing terjejas yang sebelum ini menjadikan bidang ini sebagai mata pencarian tambahan buat mereka.

"Justeru, IMfutures bagi pihak pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota menyampaikan bantuan ini bertujuan meringankan beban pemandu susulan kekurangan pendapatan akibat pandemik Covid-19," katanya ketika menyampaikan sumbangan Program Mesra Kasih anjuran IMfutures di sini pada Khamis.

Sumbangan dilakukan secara pandu lalu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.
Sumbangan dilakukan secara pandu lalu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Sumbangan itu turut disampaikan Pegawai Eksekutif Pejabat Parlimen Indera Mahkota, Tengku Farah Elyani Tengku Ismail yang dilakukan secara pandu lalu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.