Empat premis hiburan di KL diarah tutup

Antara premis yang diarah tutup dalam operasi yang dilaksanakan DBKL pada Khamis. - Foto FB DBKL
Antara premis yang diarah tutup dalam operasi yang dilaksanakan DBKL pada Khamis. - Foto FB DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat premis hiburan berhampiran Jalan Radin Tengah, Seputeh dan Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail diarahkan tutup serta-merta menerusi operasi khas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Khamis.

Operasi yang bermula jam 9 malam itu dilaksanakan bagi mengambil tindakan ke atas pusat hiburan yang didapati melanggar syarat lesen DBKL dan beberapa kesalahan lain.

Menerusi kemaskini di laman Facebook pada Jumaat, DBKL berkata, pihaknya mengambil tindakan itu di bawah Seksyen 17 Akta Hiburan (WPKL) 1992 serta Seksyen 18(1) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"DBKL turut menyita 10 unit pelbagai peralatan hiburan seperti mikrofon, komputer riba dan monitor," katanya.

Katanya, operasi itu dilaksanakan mengikut bidang kuasa dan prosedur operasi standard (SOP) DBKL.

"Operasi seumpama ini akan diteruskan dari masa ke masa," katanya.

Artikel Berkaitan: