Ketua Pegawai Modal Insan TH menang anugerah

Rina Sarif
Rina Sarif
A
A
A

SHAH ALAM- Ketua Pegawai Modal Insan Lembaga Tabung Haji (TH), Rina Sarif merangkul anugerah Women in HR Leadership sempena majlis Malaysia Leadership Awards anjuran World HRD Congress ke 28 edisi 2020/2021 yang berlangsung secara dalam talian dan dipancarkan ke seluruh dunia.

Women in HR Leadership Awards merupakan kategori baharu diperkenalkan bersama Diversity Award dalam penganjuran tahunan itu yang sebelum ini berjaya menarik lebih 1,800 penyertaan sektor profesional daripada 133 negara seluruh dunia.

Menurut Rina, dia bersyukur dan berterima kasih kepada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen dan semua warga kakitangan agensi tersebut atas sokongan yang diberikan.

“Saya berharap agar pencapaian ini menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada warga TH untuk terus memberi perkhidmatan yang cemerlang dalam menjadikan TH sebuah organisasi yang berprestasi tinggi,” katanya.

TH dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, ketika awal memulakan tugas di TH, Rina berjaya menjenama semula Jabatan Sumber Manusia kepada Jabatan Modal Insan.

Selain itu menurut TH, Rina menekankan gaya kerja yang memberikan impak dan berdaya saing sekaligus mendorong kakitangan agensi berkenaan meningkatkan kualiti kerja lebih efisien serta proaktif.

Artikel Berkaitan: